Kepada ,
Ibubapa / Penjaga,
Murid – murid SK Taman Bukit Indah,
Iskandar Puteri, Johor..
Tuan/Puan,
PEMBERITAHUAN LALUAN JALAN SEHALA BERKALA DI JALAN INDAH 19/5
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Untuk makluman tuan/puan, dengan kebenaran rasmi daripada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri , Jalan Indah 19/5 telah diwartakan sebagai jalan sehala berkala mulai 06 JULAI 2019 seperti ketetapan berikut:
WAKTU | MASA |
PAGI | 06.00 HINGGA 07.30 PAGI |
TENGAHARI | 12.40 HINGGA 1.30 TENGAHARI |
3. Bersama ini dilampirkan peta laluan sebagai rujukan.
4. Sehubungan dengan itu , pihak sekolah memohon kerjasama dari pihak tuan/puan untuk mematuhi arahan tersebut untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “
Saya yang menjalankan amanah ,
RASMAN ABDUL KARIM
Guru Besar
SK Taman Bukit Indah