SEMUA IBUBAPA/PENJAGA

MURID-MURID SKTBI

Tuan/Puan

MAKLUMAN PELAKSANAAN APLIKASI CLASS123 SEBAGAI PLATFORM KOMUNIKASI SEKOLAH DENGAN IBUBAPA DAN PENGURUSAN BILIK DARJAH.

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

  • Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah telah dipilih sebagai sekolah rintis untuk melaksanakan penggunaan aplikasi Class123 sebagai platform komunikasi pihak sekolah dengan ibubapa murid-murid SK Taman Bukit Indah.
  • Sehubungan dengan itu, pihak sekolah meminta semua ibubapa/penjaga memuat turun dan memasang aplikasi tersebut pada telefon pintar masing-masing.
  • Pihak sekolah telah menyediakan panduan penggunaan aplikasi tersebut di pautan berikut:

http://gg.gg/panduanclass123

  • Kod akses untuk kegunaan bersama aplikasi tersebut boleh didapati di pautan berikut:

http://gg.gg/kodakses

  • Segala perhatian, tindakan dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Encik Rasman Bin Abdul Karim

Guru Besar

SK Taman Bukit Indah,